KC_4 ANALISIS WACANA
Thursday, 28 April 2016
Wednesday, 6 April 2016
Maklumat Ahli
Kenali kami
Nama: Nor Faraizan binti Zakair
Semester: 6
Fakulti: Bahasa dan Komunikasi
Tugas: membuat dan mengemaskini blog,
memasukkan maklumat dalam kajian wacana,
alih bahasa dan pautan laman sesawang
Nama: Nurhana Shakirah binti Yusof
Semester: 6
Fakulti: Bahasa dan Komunikasi
Tugas: Memenuhi ruangan aspek tatabahasa
:Mengemaskini maklumat dalam blog
:Menyediakan pautan rujukan buku
Nama:Nurul Atikah binti Bazar
Semester: 6
Fakulti: Bahasa dan Komunikasi
Tugas: membuat dan mengemaskini blog,
mendapatkan maklumat dan data dan
memasukkan hiasan
Nama : Muhamad Shaleh Bin Abdul Majid
Semester 6
Fakulti : Bahasa dan Komunikasi
Tugas : Memasukkan muzik latar
: Mengemaskini bahagian Laman Utama
: Memasukkan isi dalam isu kajian wacana
Tuesday, 5 April 2016
Laman Utama
PENGENALAN
Berdasarkan hierarki tatabahasa, ayat berada pada tingkat
teratas. Manakala pada peringkat yang melebihi ayat dipanggil sebagai wacana.
Semua perkara yang melibatkan bahasa adalah wacana. Perkara yang penting dalam
wacana ialah retorik. Konsep yang diketengahkan dalam wacana ialah meliputi
komunikasi bertulis, iaitu melibatkan pembaca dan penulis dan komunikasi lisan
pula melibatkan penutur dan pendengar. Keadaan ini membuktikan bahawa wacana
ialah kesatuan bahasa lengkap dan paling tinggi dalam bentuk pertuturan dan
penulisan yang memperlihatkan kesinambungan fikiran, termasuk rujukan kepada
komunikasi dalam konteks.
Analisis
wacana boleh dibuat dalam pelbagai genre seperti perbualan, lawak jenaka,
bahasa dalam program televisyen, bahasa dalam cerpen, iklan, papan tanda dan
sebagainya. Menurut Beaugrande dan Dressler, sesebuah teks yang komunikatif
dikatakan perlu memiliki tujuh tahap ketekstualan, iaitu melibatkan aspek
tautan, aspek runtutan, tahap tujuan, tahap penerimaan, tahap maklumat, tahap
keadaan dan tahap interteks.
ASAL USUL PERKATAAN WACANA
Dua pendapat yang mengusulkan asal usul perkataan 'wacana'.
Pendapat pertama mengatakan 'wacana' berasal daripada kosa kata Jawa, iaitu
'wocono'. 'Wocono' ini pula daripada 'woco' yang bermaksud baca. pendapat kedua
pula mengatakan wacana daripada perkataan Bahasa Inggeris, iaitu 'discourse'
yang berasal daripada bahasa Latin, iaitu 'discursus' yang bermakna 'larian ke
dan lari'.
KONSEP WACANA
KONSEP WACANA MENURUT TOKOH BARAT
KONSEP WACANA MENURUT TOKOH BAHASA MELAYU
Alih Bahasa
Tekan pada link https://translate.google.com/?hl=ms untuk menukar pelbagai bahasa yang menjadi pilihan anda. Terima kasih
Isu dalam Kajian Wacana
Isu-Isu
Dalam Kajian Wacana
1.0 PENGENALAN
1.1 Konsep wacana
“Wacana” berasal daripada perkataan
bahasa Jawa “wocono”. “Wocono” pula daripada “woco” yang bermaksud
“baca”. Dalam bahasa Inggeris, “discourse” berasal daripada bahasa Latin
“discursus” yang bermakna “larian ke dan dari”. Menurut Chafe, wacana digunakan
dengan pelbagai maksud oleh pelbagai pengkaji. Tetapi, pada umumnya, wacana
dilihat sebagai sesuatu yang melampaui sempadan ayat yang terpisah-pisah.
Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti, dan kedua-duanya merujuk
kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Dan, wacana, menurut beliau
lagi, merujuk kajian tentang unit tersebut, cabang linguistik yang setara
dengan cabang yang lain, seperti morfologi atau sintaksis.” (Sanat Md. Nasir,
Pengupayaan Tatabahasa Wacana Bahasa Melayu di Malaysia dan Singapura
dalam “dan” dan “tetapi” dari Sudut Tatabahasa Wacana (2012:21).
Sebenarnya, wacana merangkumi keseluruhan aspek komunikasi, sama ada melibatkan
mesej atau teks, pengucapan, penerimaan serta situasi konteks (Mohd. Sidin,
1999). Malahan, ada sesetengah pengkaji menganggap buah fikiran juga sebagai
wacana. Fairclough (2003, dalam Idris Aman, 2010) mentafsirkan wacana sebagai
pandangan khusus tentang bahasa penggunaan sebagai satu unsur kehidupan sosial
yang berkait rapat dengan unsur lain. Hal ini bermakna wacana berkait rapat
dengan kehidupan sosial kerana digunakan dalam komunikasi.
Berdasarkan definisi yang dikemukakan,
terdapat persamaan berkaitan takrifan wacana. Secara tuntasnya, wacana ialah
unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut,
yakni tertinggi dalam tatatingkat bahasa. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa
yang tertinggi, maka wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk.
1.2 Konsep Runtutan
Menurut Mohd. Zaini Othman dalam Wacana,
Penanda Wacana, Kohesi, Koheren (2004: 27), dalam kajian wacana tidak lengkap
jika tidak dilihat daripada aspek koherensi. Istilah runtutan digunakan bagi
merujuk istilah “coherence” dalam bahasa Inggerisnya yang mana istilah lain
yang digunakan bagi merujuk istilah runtutan ini ialah koherensi. Soenjono
Darjowidjojo dalam Tata Bahasa Baku Indonesia (1988) menyatakan bahawa koheren
merujuk kepada pengaturan secara rapi gagasan, kenyataan, fakta, dan idea
menjadi suatu untaian yang logik sehingga mudah difahami mesej yang terkandung
di dalamnya. Koheren mengandungi unsur-unsur pertalian dan hubungan dari segi
makna wacana. Dengan hal demikian, koheren lebih berfokus terhadap aspek ujaran
yang menggambarkan cara kata hubung atau penanda wacana digunakan untuk
menjelaskan makna.
Menurut Mohd. Rashid Md Idris dalam Monograf
Bahasa Melayu Jilid 2 (2007: 67), runtutan kerap dilihat sebagai pengantara
gagasan idea bermaksud bagaimana sesuatu idea atau fikiran dijalin dalam
sesebuah cerita atau peristiwa untuk membentuk teks. Sesungguhnya, peristiwa
atau cerita yang disampaikan secara jelasnya mempunyai makna yang mana makna(meaning)
digunakan bagi menunjukkan potensi ujaran bahasa atau tanda-tanda lain untuk
mewakili dan menyampaikan pengetahuan yang sebenarnya disampaikan oleh ujaran
yang muncul dalam sesuatu teks. Ujaran yang banyak sudah pasti mempunyai
beberapa makna, tetapi dalam keadaan normal hanya ada satu sense dalam sebuah
teks.
Tuntasnya, runtutan di sini lebih dilihat
sebagai kualiti kefahaman terhadap sesuatu teks secara logik. Sesebuah gagasan
sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan mestilah memaparkan wacana yang utuh. Keutuhan
wacana yang tinggi ini menggambarkan tanggapan terhadap idea yang dikemukakan
oleh penulis itu dapat difahami dengan tepat oleh pembaca. Oleh itu, sesebuah
wacana yang utuh itu memperlihatkan koheren yang baik.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kajian ini akan menerapkan kerangka analisis
wacana berkaitan dengan ciri runtutan melalui Model F. J. D’ Angelo berdasarkan
kepada video “Ucapan Khas Hari Guru 2015 oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri
2015”. Oleh itu, pemerhatian akan dilakukan terhadap fungsi bahasa dan dimensi
makna yang wujud dalam sesebuah wacana iaitu hubungan dan tekstual. Fungsi
hubungan merujuk kepada cara hubungan sosial antara subjek dilakukan dan
dikendalikan, manakala fungsi tekstual merujuk kepada maklumat linguistik dan
situasi sosial di luar teks.
Umumnya, analisis tekstual ialah
pemerihalan (description) tentang teks, manakala analisis
praktis sosial melibatkan penjelasan(explanation) hubungan antara
proses wacana dan proses sosial. Secara ringkas, aspek pemerihalan bertujuan
menjawab soalan ‘apa’ tentang wacana yang melihat wacana dari aspek bentuk dan
struktur binaan teks. Aspek penjelasan pula bertujuan menjawab soalan
‘mengapa’. Pada aras ini hubung kait antara teks dengan masyarakat pengguna
teks berkenaan akan ditafsir kerana pelbagai faktor yang menyebabkan sesuatu
wacana wujud dan digunakan oleh masyarakat. Sehubungan itu, hubungan
faktor-faktor ini dilihat sebagai praktis sosial. (Idris Aman, 2006: 74; Azhar
Md Sabil, 2012:66-67). Aspek berkaitan praktis sosial ini secara jelasnya boleh
dilihat pada aspek justifikasi sesuatu analisis wacana tuntasnya. Oleh itu,
dapat dikatakan bahawa kajian ini tidak terikat kepada konteks pemikiran
semata-mata tetapi saling berhubung dengan konteks yang melatarinya.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini dijalankan adalah seperti
berikut:
1. Mengenal
pasti ciri runtutan yang terdapat dalam teks ucapan.
2. Menganalisis
ciri runtutan berdasarkan Ucapan Khas Hari Guru 2015 oleh YAB. Timbalan Perdana
Menteri.
4.0 PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan bertujuan mendapatkan
jawapan bagi beberapa soalan seperti berikut:
1. Apakah
ciri runtutan yang terdapat dalam teks ucapan?
3. Apakah
ciri runtutan berdasarkan Ucapan Khas Hari Guru 2015 oleh YAB. Timbalan Perdana
Menteri?
5.0 BATASAN KAJIAN
Tumpuan kajian ini hanya pada salah satu
aspek komponen tekstual, iaitu ciri runtutan berdasarkan Model F. J. D’ Angelo.
Bahan yang digunakan dalam kajian ini adalah berupa bahan bertulis yang telah
ditranskripsikan berdasarkan video “Ucapan Khas Hari Guru 2015 oleh YAB.
Timbalan Perdana Menteri”. Sebanyak 100 ayat yang terpilih dalam video “Ucapan
Khas Hari Guru 2015 oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri” ini akan dianalisis,
iaitu bermula pada minit ke 02:27 hingga minit ke 28:09.
6.0 METODOLOGI KAJIAN
Dalam kajian ini, kaedah kepustakaan
digunakan dengan cara merujuk buku rujukan di perpustakaan bagi mengumpulkan
sebanyak mungkin maklumat-maklumat tertentu sebagai maklumat tambahan untuk
dijadikan perbincangan dan bahan untuk dianalisis yang berkaitan dengan kajian
ini, iaitu analisis ciri runtutan F.J.D’ Angelo berdasarkan video “Ucapan Khas
Hari Guru 2015 oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri”. Menurut Wan Abdul Kadir
(2003:4), kaedah kepustakaan ialah penyelidikan yang dijalankan bagi merujuk
bahan-bahan yang telah dilakukan oleh orang lain seperti bahan bertulis dan
lain-lain.
Bahan-bahan ini penting kerana menjadi data
sekunder bagi kajian ini. Selain itu, bahan-bahan yang dirujuk tersebut banyak
membantu pengkaji dalam mendapatkan gambaran sebenar tentang kajian yang
dilakukan dan perkara ini secara tidak langsung memudahkan proses pengkajian
dijalankan. Di samping itu, pengkaji juga memanfaatkan sumber rujukan atau
bahan-bahan yang dimuat naik di internet sebagai kaedah atau rujukan tambahan
kepada kajian ini. Namun begitu, pengkaji tidak menggunakan seratus peratus
rujukan daripada internet dengan semudahnya tanpa mengesahkan sumber tersebut
terlebih dahulu.
Dalam kajian ini akan mengetengahkan Model F.
J. D’ Angelo sebagai dasar analisis. Dengan mengemukakan Model F. J. D’ Angelo
ini, analisis kajian akan dikemukakan dalam bentuk kuantitatif dan kualitatif.
Kajian analisis secara kuantitatif khususnya akan melibatkan video “Ucapan Khas
Hari Guru 2015 oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri” yang telah ditranskripsikan
pengucapannya ke dalam bentuk teks. Kajian ini memilih unsur runtutan sebagai
bahan kajian. Sebanyak 100 ayat diperturunkan bagi mengkaji unsur runtutan.
Kaedah kualitatif pula melibatkan huraian secara khusus mengenai ayat-ayat yang
terlibat dengan runtutan.
Kajian ini secara jelasnya akan melihat
beberapa ciri runtutan melalui model F.J Angelo seperti aditif, rentetan, kata
ganti diri, pengulangan, sinonim, keseluruhan dan bahagian, kelas dan anggota,
penekanan, komparisasi, pertentangan, hasil, contoh, kesejajaran paralel,
lokasi dan waktu [Mohd Rashid Md Idris et. al. dalam Analisis Wacana (2012:
55)].
7.0 DAPATAN KAJIAN
Seperti yang telah dijelaskan, terdapat 14
ciri runtutan berdasarkan kepada model yang dikaji, iaitu model F. J. D’
Angelo. Dapatan kajian ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu analisis
kuantitatif dan analisis kualitatif. Berikut merupakan butirannya:
7.1 Analisis kualitatif
1. Kesejajaran/ paralel
Kesejajaran bermaksud
sesuatu gagasan atau idea yg dinyatakan dalam bentuk Kata Nama (gaya nominal)
hendaklah diikuti oleh gagasan lain (yg sama fungsinya – spt objek, subjek dsb)
dalam bentuk Kata Nama juga. Dengan ini dapat menimbulkan ayat yang berkesan.
Terdapat penggunaan
kesejajaran dalam ucapan TPM sempena hari guru 2015 kali ini. Dalam A10
terdapat kesejajaran ayat yang menggunakan kata nama dan diikuti oleh gagasan
yang lainnya. Sebagai contohnya seperti ayat di bawah :
A.10
|
Dan bagi saya espek akhlak, budi pekerti,
integriti, amanah dan nilai-nilai murni adalah komponen yang amat penting
dalam membena negara bangsa dan mencapai kemajuan ikonomi yang lestari.
|
A.28
|
Tugas pendidik murid supaya berakhlak mulia
dan berdisiplin ini tidak hanya terletak pada bahu guru pendidikan moral,
guru pendidikan Islam ataupun guru disiplin, tetapi jugak pada semua guru dan
jika kita dapat menjadikan sekolah ini sebagai medan asuhan akhlak dan
sahsiah murid yang sempurna, saya yakin hasrat kita untuk melahirkan insan
yang berilmu dan berakhlak mulia akan menjadi suatu kenyataan.
|
A.31
|
Dan dalam sebuah negara yang majmuk seperti
Malaysia ini, pendidikan akhlak dan jugak Pendidikan Moral mestilah
menekankan prinsip menghormati perbezaan, meraikan kepelbagaian dan memupuk
hubungan yang baik antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.
|
A.39
|
Dalam Gelombang Pertama anjakan yang
keempat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013/2025, Institusi Pendidikan
Guru kini melaksanakan satu dasar pengambilan yang lebih ketat iaitu sebanyak
30 peratus pengambilan baru adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang
cemerlang yang mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam SPM.
|
A.49
|
Transformasi sistem pendidikan negara kita
menerusi PPPM 2013 dan 2025 yang memberi penekanan khusus terhadap espirasi
akal dan budi kini dinilai melalui transformasi besar-besaran dalam sistem
apa yang dinamakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ataupun PBS sebagai teras
pembangunan murid secara holistik dan PBS ini bukan sahaja mentaksir
kebijaksanaan akal fikiran semata-mata malah merangkumi kecerdasan imosi, kecerdasan
fizikal dan nilai dan budi pekerti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
|
A.75
|
Dengan kerjasama erat daripada para ibu
bapak, mereka telah bekerjasama, telah pun melayakkan mereka ini menerima
Anugerah Sekolah Cemerlang NKRA (New Deals) dan jugak Anugerah Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) Cemerlang peringkat Kebangsaan 2012/2013.
|
A.76
|
Dan saya jugak ingin merakamkan ucapan
setinggi-tinggi tahniah kepada warga SMK Cheras dan jugak SMK Aminuddin Baki,
Kuala Lumpur yang telah pun jugak mengharumkan nama Malaysia dalam Best Muzik
Performance sempena Festival Kesenian Antarabangsa yang berlangsung di Turki
pada penghujung April yang lalu kejayaan ini tentu bertitik tolak daripada
usaha para guru yang gigih melatih anak-anak murid mereka untuk menyertai
pertandingan ini.
|
A.95
|
Dan peningkatan ilmu di kalangan
Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di peringkat lanjutan ini akan
menjadi pemaju kepada perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkualiti dan lebih efisien lagi.
|
2. Lokasi, tempat dan
waktu
Penggunaan lokasi,
tempat dan waktu turut dilakukan bagi menguatkan sesuatu hujah. Runtutan kala
dan lokasi penting untuk menghasilkan kekoherensifan wacana. Penggunaan
lokasi/tempat dan waktu juga digunakan dalam ucapan ini. Beliau telah
menyatakan tempat/masa mengikut kesesuaian dalam ayat tersebut. Penggunaan
runtutan lokasi/tempat dapat dilihat dalam A28. Pelbagai penggunaan
lokasi/tempat dan waktu digunakan dalam ucapan beliau pada majlis rasmi
tersebut. Penggunaan dalam ayat tersebut dapat dilihat dalam ayat A53, A55,
A62, A65, A69, A76, A93. Sebagai contohnya, adalah di bawah :
A.28
|
Tugas pendidik murid supaya berakhlak mulia
dan berdisiplin ini tidak hanya terletak pada bahu guru pendidikan moral,
guru pendidikan Islam ataupun guru disiplin, tetapi jugak pada semua guru dan
jika kita dapat menjadikan sekolah ini sebagai medan asuhan
akhlak dan sahsiah murid yang sempurna, saya yakin hasrat kita untuk
melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia akan menjadi suatu
kenyataan.
|
A.53
|
Peranan guru sebagai pembena ilmu terbukti
melalui kejayaan murid kita dalam peperiksaan awam seperti SPM dan STPM yang
diumumkan pada bulan Mac yang lalu.
|
A.55
|
Cumulative Grade Point Average ataupun CGPA
jugak telah meningkat daripada 2.57 pada tahun 2013 kepada 2.62 tahun
lalu.
|
A.62
|
Saya berasa amat bangga apabila Cikgu Anuar
Mansor, Cikgu Anuar Mansor ini daripada guru Pendidikan Khas Sekolah
Menengah Kebangsaan Temerloh, Pahangbukan Kedah.
|
A.65
|
Saya jugak merasa amat bangga dengan
kejayaan Sekolah Kebangsaan Muzaffar Syah, Kota Tinggi, Johor.
|
A.69
|
Pada tahun 2013 dengan GPS meningkat
daripada 2.26 kepada 2.08 dalam kalangan sekolah rendah di Malaysia kita ini.
|
A.76
|
Dan saya jugak ingin merakamkan ucapan
setinggi-tinggi tahniah kepada warga SMK Cheras dan
jugak SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur yang telah pun jugak
mengharumkan nama Malaysia dalam Best Muzik Performance
sempena Festival Kesenian Antarabangsa yang berlangsung di Turki pada
penghujung April yang lalu kejayaan ini tentu bertitik tolak
daripada usaha para guru yang gigih melatih anak-anak murid mereka untuk
menyertai pertandingan ini.
|
A.93
|
Keduanya, kerajaan jugak telah bersetuju
untuk menyeragamkan had umur pegawai awam bagi mengikuti Ijazah Sarjana dan
Sarjana Ijazah Sarjana Doktor Falsafah ataupun Ph.D iaitu dari 43
tahun untuk Izajah Sarjana kepada 45 tahun seperti
had umur bagi Ijazah Sarjana Doktor Falsafah ataupun Ph.D di bawah Hadiah
Latihan Persekutuan.
|
3. Penambahan/ adisi
Unsur penambahan
digunakan dalam ucapan kerana TPM menyesuaikan dengan keadaan untuk
menyampaikan mesej kepada semua yang hadir dalam dewan tersebut. Unsur
penambahan juga dapat dilihat dalam ucapannya. Unsur penambahan dalam ayat A2,
A22, A33, A66 dan A75.
Unsur penambahan dari segi penggunaan kata
seperti penambahan huruf ‘k’, kata sapaan dan kata tambahan seperti insyaAllah.
Sebagai contoh boleh dilihat di bawah :
A.2
|
Bagi saya, sambutan Hari Guru adalah tanda
pengiktirafan tertinggi negara terhadap peranan dan jugak sumbangan
para guru mendidik anak bangsa.
|
A.22
|
Sedara dan sedari yang saya hormati
sekalian.
|
A.33
|
InsyaAllah.
|
A.66
|
Haa ini Johor.
|
A.75
|
Dengan kerjasama erat daripada para ibu
bapak, mereka telah bekerjasama, telah pun melayakkan mereka ini
menerima Anugerah Sekolah Cemerlang NKRA (New Deals) dan jugak Anugerah
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Cemerlang peringkat Kebangsaan 2012/2013.
|
4. Seri/ rentetan
Alat penghubung rentetan
turut ada di dalam ayat ini. Rentetan merupakan penghubung bagi peristiwa berurutan
atau pekerjaan yang dilakukan secara berperingkat-peringkat. Terdapat
penghubung rentetan dalam perenggan di atas seperti perkataan pertama, kedua,
selepas itu dan lain-lain digunakan untuk memberi kefahaman yang lebih lagi
kepada penerima mengenai cara memasak ayam gulai.
Rentetan penting dalam
membina kelogikan makna dalam diri pembaca mahupun pendengar. Kelogikan makna
ini memerlukan penggunanya menggunakan bahasa dengan betul serta menepati
kesesuaian teks atau pesanan yang ingin disampaikan. Seterusnya, akan membina
kefahaman pembaca terhadap teks. Namun begitu, rentetan yang terdapat dalam
ucapan beliau hanya satu, iaitu pada A36. Unsur rentetan digunakan untuk
menyambung penyusunan topik. Dapat dilihat seperti ayat dibawah :
A.36
|
Dan oleh itu, Kementerian
Pendidikan Malaysia melalui Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan
(PBB) menyediakan platform yang sesuai untuk guru meningkatkan tahap
profesionalisme dalam kerjaya di samping memantapkan imej kendiri.
|
5. Pronomina
Pronomina adalah kata
ganti benda. Pronomina ada empat iaitu pronomina persona (kata ganti diri),
pronomina demonstrative (kata ganti penunjuk), pronomina interogatif (kata
ganti tanya), dan pronomina tak tentu. Terdapat banyak pronomina yang terdapat
dalam ucapannya, berikut merupakan contohnya:
A.1
|
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T.
kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya kita dapat
berhimpun pada hari ini sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun
2015.
|
A.3
|
Dan sempena hari yang amat bermakna ini, saya dan
seluruh barisan pimpinan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan rendah hati
merakamkan ucapan segunung kasih dan setulus penghargaan kepada semua guru di
seluruh pelosok tanah air di atas segala jasa, bakti dan sumbangan anda semua
kepada pendidikan anak bangsa kita.
|
A.6
|
Yang bermaksud: “sesungguhnya aku diutuskan
untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia”.
|
A.28
|
Tugas pendidik murid supaya berakhlak mulia
dan berdisiplin ini tidak hanya terletak pada bahu guru
pendidikan moral, guru pendidikan Islam ataupun guru disiplin, tetapi jugak
pada semua guru dan jika kita dapat menjadikan sekolah ini
sebagai medan asuhan akhlak dan sahsiah murid yang sempurna, saya yakin
hasrat kita untuk melahirkan insan yang berilmu dan
berakhlak mulia akan menjadi suatu kenyataan.
|
A.32
|
Dan saya percaya, jika
prinsip ini dapat digarap dengan baik dan diterapkan dalam jiwa setiap murid,
setiap murid tanpa mengira kaum dan agama, maka kita akan
dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian kaum yang kita kecapi
selama ini.
|
A.43
|
Dan untuk itu, Kurikulum Standard Sekolah
Rendah ataupun KSSR yang bermula pada tahun 2011 dan disambut dengan
Kerikulum Standard Sekolah Menengah ataupun KSSM pada tahun 2017 perlu
dibentuk selari dengan aliran pembangunan dan kemajuan teknologi supaya ia releven
dengan persekitaran semasa serta menekankan penggunaan “Higher Order Thinking
and Creative Skill” (Hotacs).
|
6. Kontras/ pertentangan
Menurut Mohd Rashid Md Idris dan rakan-rakan
dalam buku Analisis Wacana Berdasarkan Teks Komsas Terpilih, pertentangan
digunakan untuk menambahkan lagi kesan koheren dalam sesuatu teks (2012:50).
Dalam pertentangan, sesuatu hal itu berlaku dan bertentangan dengan sesuatu
keadaan tersebut. Dalam pertentangan terdapat beberapa kata hubung yang menjadi
tanda ia sebagai pertentangan. Kata hubung tersebut ialah tetapi, sebaliknya,
namun dan sebaginya. Nama lain bagi pertentangan ialah kontras. Berikut
merupakan contoh ayat pertentangan yang terdapat dalam teks:
A.9
|
Modal insan yang ingin kita bangunkan tidak
seharusnya dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran semata-mata,
tetapi jugak mesti diperkukuhkan dengan akhlak yang terpuji dan nilai-nilai
yang murni.
|
A.28
|
Tugas pendidik murid supaya berakhlak mulia
dan berdisiplin itu tidak hanya terletak pada bahu guru Pendidikan Moral,
guru Pendidikan Islam ataupun guru disiplin, tetapi jugak
pada semua guru dan jika kita dapat menjadikan sekolah ini sebagai medan
asuhan akhlak dan sahsiah murid yang sempurna, saya yakin hasrat kita untuk
melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia akan menjadi suatu
kenyataan.
|
Di dalam ayat di atas terdapat unsur
pertentangan dalam aspek tugasan. Dalam ayat tersebut menyatakan bahawa tugas
mendidik tingkah laku pelajar tidak hanya terletak pada bahu guru yang mengajar
Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan guru disiplin sahaja tetapi perlu
digalas oleh semua guru di sekolah. Hal ini bermakna guru lain seperti guru
Bahasa Melayu, guru Matematik, guru Pendidikan Jasmani dan guru Sejarah
memainkan peranan sama seperti guru Pendidikan Moral, guru Pendidikan Islam dan
guru disiplin.
Terdapat lagi satu contoh ayat yang menyatakan mengenai pertentangan ini.
Sebelum ini pengkaji mendapati bahawa aspek pertentangan mempunyai kata hubung
seperti namun, tetapi dan sebaliknya menjadi penanda akan kewujudan
pertentangan. Berbeza dengan contoh ayat yang berikut:
A.63
|
Diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh
Pekerja Negara 2015, kumpulan OKU pulak tu.
|
Ayat di atas menyatakan bahawa, anugerah
diberikan kepada guru yang mengajar Pendidikan Khas. Sebagai guru biasa, sudah
tentu kita tahu bahawa sukar untuk menjadi guru Pendidikan Khas melainkan kita
mempunyai jiwa yang cekal dan kuat. Namun begitu untuk anugerah ini tidak
mustahil untuk Cikgu Anuar Mansor mendapatnya kerana komitmen dan tanggungjawab
beliau dalam melaksanakan amanah yang diberikan.
7. Komparasi/ perbandingan
Perbandingan atau komparasi berfungsi untuk
membandingkan dua benda atau lebih. Menurut Asmah Haji Omar dalam Nahu Kemas
Kini, sistem perbandingan melibatkan kata adjektif dan dengan itu boleh
dianggap sebagai ciri sistem berkenaan (2009:115). Antarafrasa adjektif yang
mendukung fungsi perbandingan ialah tidak, kurang, agak, paling,
sangat, sungguh, maha dan sebagainya. Dalam teks ucapan ini, daripada
100 ayat yang pertama, terdapat lebih kurang enam ayat perbandingan. Berikut
merupakan ayat-ayatnya:
A.55
|
Cumulative Grade Point Average ataupun CGPA
jugak telah meningkat daripada 2.57 pada tahun 2013 kepada
2.62 pada tahun lalu.
|
A.57
|
Dan dari sudut pencapaian murid luar bandar
jugak, saya jugak merasa amatbangga dengan usaha guru-guru kita
yang telah pun berjaya merapatkan jurang sebanyak 11 peratus antara bandar
dan luar bandar.
|
A.59
|
Gred Purata Sekolah di Sabah jugak telah
meningkat sebanyak 0.12 mata dengan program intervernsi yang telah pun
dilaksanakan, manakala sekolah yang berada dalam band 6 dan 7, band 6 dan 7
ini telah pun berkurangan kepada 1.39 peratus tahun lalu
iaitu berbanding sebanyak 1.73 peratus tahun sebelumnya.
|
A.67
|
Yang melonjak daripada kedudukan dulu 4568
kedudukan tahun 2012 naikkepada kedudukan 1511.
|
A.69
|
Pada tahun 2013 dengan GPS meningkat
daripada 2.26 kepada 2.08 dalam kalangan sekolah rendah di Malaysia kita ini.
|
A.93
|
Keduanya, kerajaan jugak telah bersetuju
untuk menyeragamkan had umur pegawai awam bagi mengikuti Ijazah Sarjana dan
Ijazah Sarjana Doktor Falsafah ataupun Ph.D iaitu dari 43 tahun untuk Ijazah
Sarjana kepada 45 tahun seperti had umur bagi Ijazah Sarjana Doktor Falsafah
ataupun Ph.D di bawah Hadiah Latihan Persekutuan.
|
Dalam kesemua ayat perbandingan di atas,
penulis mendapati kebanyakan frasa adjektif yang digunakan menggunakan tingkat
kelebihan. Tingkat ini diwujudkan oleh frasa lebih-adjektif-dari/daripada dan
berada setingkat di atas tingkat neutral.
8. Simpulan/ hasil
Hasil dalam ayat bermakna sesuatu tindakan
dan kesan daripada tindakan tersebut. Dalam teks ini terdapat lebih kurang
tujuh ayat hasil. Kata hubung yang digunakan pula kebanyakannya kata penghubung
tak setara. Menurut Asmah Haji Omar dalam Nahu Kemas Kini, kata hubung tak
setara merupakan kata penghubung yang menghubungkan sekurang-kurangnya dua
klausa tak setara (2009:163). Berikut merupakan contoh ayatnya:
A.13
|
Dalam perniagaan contohnya, seseorang
peniaga yang jujur dan amanah akan mendapat kepercayaan pelanggan mereka
untuk terus membeli barangan ataupun melanggan perkhidmatan yang ditawarkan.
Tindakan
: seseorang peniaga yang jujur dan amanah
Hasil
: mendapat kepercayaan pelanggan mereka untuk terus membeli barangan
ataupun melanggan perkhidmatan yang ditawarkan
|
A.14
|
Jika peniaga itu tidak amanah dengan
melakukan penipuan ataupun manipulasi untuk mengaut keuntungan yang
berlebihan, maka sudah pasti pelanggan tidak lagi mempercayainya dan
perniagaannya jugak akan mengalami kerugian.
Tindakan
: Jika peniaga itu tidak
amanah dengan melakukan penipuan ataupun manipulasi untuk mengaut keuntungan
yang berlebihan,
Hasil
: sudah pasti pelanggan tidak lagi mempercayainya dan perniagaannya
jugak akan mengalami kerugian.
|
A.21
|
Jika pecah amanah, salah guna kuasa dan
salah urus berlaku dalam skala yang lebih besar lagi, maka industri yang
berkenaan mungkin akan lumpuh dan ekonomi negara kita juga akan terjejas.
Tindakan
: Jika pecah amanah, salah
guna kuasa dan salah urus berlaku dalam skala yang lebih besar
Hasil
: industri yang berkenaan mungkin akan lumpuh dan ekonomi negara kita
juga akan terjejas.
|
A.31
|
Dan saya percaya, jika prinsip ini dapat
digarap dengan baik dan diterapkan dalam jiwa setiap murid, setiap murid
tanpa mengira kaum dan agama, maka kita akan dapat mengekalkan keamanan dan
keharmonian kaum yang kita kecapi selama ini.
Tindakan
: jika prinsip ini dapat
digarap dengan baik dan diterapkan dalam jiwa setiap murid, setiap murid
tanpa mengira kaum dan agama
Hasil
: kita akan dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian kaum yang kita
kecapi selama ini
|
A.53
|
Peranan guru sebagai pembena ilmu terbukti
melalui kejayaan murid kita dalam peperiksaan awam seperti SPM dan STPM yang
diumumkan pada bulan Mac yang lalu.
Tindakan
: Peranan guru sebagai
pembena ilmu
Hasil
: kejayaan murid kita dalam peperiksaan awam seperti SPM dan STPM
yang diumumkan pada bulan Mac yang lalu
|
A.75
|
Dengan kerjasama erat daripada para ibu
bapak, mereka telah bekerjasama, telah pun melayakkan mereka ini menerima
Anugerah Sekolah Cemerlang NKRA (New Deals) dan jugak Anugerah Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) Cemerlang peringkat Kebangsaan 2012/2013.
Tindakan
: Dengan kerjasama erat
daripada para ibu bapak,
Hasil
: melayakkan mereka ini menerima Anugerah Sekolah Cemerlang NKRA (New
Deals) dan jugak Anugerah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Cemerlang
peringkat Kebangsaan 2012/2013
|
9. Contoh/ misal
Contoh atau misal merupakan rujukan bagi
menyokong sesebuah fakta. Dalam teks ini terdapat lebih kurang lapan ayat yang
mendukung contoh atau missal. Berikut merupakan ayatnya :
A.10
|
Dan bagi saya espek akhlak, budi pekerti,
integriti, amanah dan nilai-nilai murni adalah komponen yang amat penting
dalam membena negara bangsa dan mencapai kemajuan ikonomi yang lestari.
|
A.11
|
Tanpa kita sedari, sifat jujur,
amanah dan integriti ini sebenarnya merupakan nilai yang intrinsik.
|
A.16
|
Kalau industri pembuatan, makanan,
pengangkutan, perbankan, kewangan dan lain-lain lagi.
|
A.19
|
Dan semua ini menuntut pemain industri
untuk bersifat amanah, bersifat jujur, berintegriti dengan tidak
sekali-kali mengkompromi kualiti barangan ataupun keselamatan pengguna semata-mata
untuk mengaut keuntungan.
|
A.27
|
Hal ini boleh direalisasikan sekiranya
guru-guru sentiasa menerapkan nilai-nilai murni seperti sifat amanah,
jujur, telus dan budi pekerti yang mulia dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta aktiviti-aktiviti lain seperti kesukanan dan jugak
kokurikulum.
|
A.31
|
Dan dalam sebuah negara yang majmuk seperti
Malaysia ini, pendidikan akhlak dan jugak Pendidikan Moral mestilah
menekankan prinsip menghormati perbezaan, meraikan kepelbagaian dan
memupuk hubungan yang baik antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di
negara ini.
|
A.37
|
Seorang guru yang profesionalisme adalah
guru yang berilmu, yang mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran serta memiliki sahsiah yang boleh menjadi
contoh dan teladan kepada murid-muridnya.
|
A.49
|
Transformasi sistem pendidikan negara kita
menerusi PPPM 2013 dan 2025 yang memberi penekanan khusus terhadap espirasi
akal dan budi kini dinilai melalui transformasi besar-besaran dalam sistem
apa yang dinamakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ataupun PBS sebagai teras
pembangunan murid secara holistik dan PBS ini bukan sahaja mentaksir
kebijaksanaan akal fikiran semata-mata malah merangkumi kecerdasan
emosi, kecerdasan fizikal, dan nilai dan budi pekerti yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
|
10. Pengulangan
Pengulangan dilakukan dengan mengulang
sesuatu perkataan tertentu dengan sebanyak beberapa kali. Hal ini demikian
kerana, selalunya untuk menunjukkan peri pentingnya sesuatu maklumat yang ingin
disampaikan sehingga diberikan penegasan melalui pengulangan ayat atau sesuatu
perkataan yang sama. Kebiasaannya, perkataan yang diulang-ulang dalam satu ayat
ini merupakan isi atau unsur yang ditekankan agar lawan komunikasi atau audiens
akan dapat mengingati perkara tersebut. Berikut merupakan antara pengulangan
yang terdapat dalam teks yang dikaji:
A26
|
Dan oleh itu, sudah sampai masanya kita
meletakkan pendidikan moral ataupunpendidikan akhlak
ini ke arah melahirkan apa yang kita sebutkan sebagai insan yang beramanah,
insan yang berintegriti dan jugak insan yang bertanggungjawab sebagai urusan
utama ataupun core business pendidikan di negara kita.
|
A28
|
Tugas pendidik murid supaya berakhlak
mulia dan berdisiplin ini tidak hanya terletak pada bahu guru
pendidikan moral, guru pendidikan Islam ataupun guru disiplin, tetapi jugak
pada semua guru dan jika kita dapat menjadikan sekolah ini sebagai medan
asuhan akhlak dan sahsiah murid yang sempurna, saya yakin hasrat kita untuk
melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia akan
menjadi suatu kenyataan.
|
A37
|
Seorang guru yang
profesionalisme adalah guru yang berilmu, yang mempunyai
kemahiran, dan keterampilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta
memiliki sahsiah yang boleh menjadi contoh dan teladan kepada murid-muridnya.
|
11. Sinonim
Sinonim merupakan penggunaan kata yang
membawa maksud yang sama atau seerti. Tujuan penulis atau penutur menggunakan
kata yang sinonim dalam satu ayat adalah untuk mempelbagaikan atau mevariasikan
ayat bagi menambah keindahan ayat tersebut. Kebiasaannya, karya sastera yang
akan menggunakan kata sinonim bagi menambahkan “nilai” pada karya yang
dihasilkannya. Berikut merupakan butiran lanjut mengenai unsur sinonim yang
terdapat pada teks yang dikaji:
Ayat
|
Contoh ayat
|
A3
|
Dan sempena hari yang amat bermakna ini,
saya dan seluruh barisan pimpinan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
rendah hati merakamkan ucapan segunung kasih dan setulus penghargaan kepada
semua guru di seluruh pelosok tanah air di atas segala jasa, bakti dan sumbangan anda
semua kepada pendidikan anak bangsa kita.
|
A28
|
Tugas pendidik murid supaya berakhlak mulia
dan berdisiplin ini tidak hanya terletak pada bahu guru pendidikan moral,
guru pendidikan Islam ataupun guru disiplin, tetapi jugak pada semua guru dan
jika kita dapat menjadikan sekolah ini sebagai medan asuhan akhlak dan sahsiah murid
yang sempurna, saya yakin hasrat kita untuk melahirkan insan yang berilmu dan
berakhlak mulia akan menjadi suatu kenyataan.
|
12. Keseluruhan atau bahagian
Ciri runtutan yang seterusnya ialah
keseluruhan atau dikenali juga sebagai bahagian yang membawa maksud penyusunan
yang dimulai dengan bahagian yang lebih besar kepada bahagian yang lebih kecil.
Selain itu, ciri ini juga dapat dilihat daripada segi umum kepada bahagian yang
lebih khusus.
Ayat
|
|
A16
|
Kalau industri pembuatan, makanan,
pengangkutan, perbankan, kewangandan lain-lain lagi.
|
A37
|
Seorang guru yang profesionalisme adalah
guru yang berilmu, yang mempunyai kemahiran, dan keterampilan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran serta memiliki sahsiah yang
boleh menjadi contoh dan teladan kepada murid-muridnya.
|
13. Penekanan
Ciri runtutan penekanan digunakan dalam ayat
atau percakapan bagi menunjukkan terdapatnya unsur penegasan di situ. Kebiasaanya,
orang yang berkomunikasi akan menggunakan unsur penegasan untuk menyatakan
betapa pentingnya maklumat atau isi yang disampaikan olehnya. Selain itu, unsur
penegasan juga dimasukkan untuk mengelakkan daripada lawan bercakap dalam
sesuatu komunikasi hilang fokus dan seterusnya input yang disampaikan menjadi
tidak sempurna.
Ayat
|
Contoh ayat
|
A8
|
Dan lebih-lebih lagi dalam
keghairahan kita mengejar kemajuan material, espek akhlak dan nilai murni
mesti diberikan perhatian yang utama oleh sistem pendidikan kita.
|
A9
|
Modal insan yang ingin kita bangunkan tidak
seharusnya dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran
semata-mata, tetapi jugak mesti diperkukuhkan dengan akhlak
yang terpuji dan nilai-nilai yang murni.
|
7.2 Analisis kuantitatif
Analisis kuantitatif ini berdasarkan bilangan
ayat yang mengandungi unsur tautan mengikut kategori masing-masing. Dalam teks
ini kami hanya memilih 100 ayat yang pertama sahaja untuk dianalisis.
Runtutan
|
Bilangan
|
Taburan Ayat
|
Jumlah (%)
|
Kesejajaran (R1)
|
8
|
A10, A28, A31, A39,
A49, A75, A76, A95.
|
8
|
Lokasi / tempat / waktu
(R2)
|
8
|
A28, A53, A55, A62,
A65, A69, A76, A93.
|
8
|
Penambahan
(R3)
|
5
|
A2, A22, A33, A66,
A75.
|
5
|
Seri / rentetan
(R4)
|
1
|
A36.
|
1
|
Pronomina
(R5)
|
6
|
A1, A3, A6, A28, A32,
A43.
|
6
|
Perbandingan / komparasi
(R6)
|
6
|
55, 57, 59, 67, 69, 93
|
6
|
Pertentangan / kontras
(R7)
|
3
|
9, 28, 63
|
3
|
Simpulan / hasil
(R8)
|
6
|
13, 14, 21, 31, 53, 75
|
6
|
Contoh / missal
(R9)
|
8
|
10, 11, 16, 19, 27, 31, 37, 49,
|
8
|
Pengulangan
(R10)
|
6
|
26, 28, 37, 49, 59, 62
|
6
|
Sinonim
(R11)
|
2
|
3, 28
|
2
|
Keseluruhan
(R12)
|
2
|
16, 37
|
2
|
Penekanan
(R13)
|
13
|
8, 9, 11, 14, 23, 25, 29, 37, 45, 50, 60,
71, 88
|
13
|
Jumlah
|
74
|
74
|
74
|
7.0 KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, runtutan
memperlihatkan susunan yang utuh bagi sesuatu idea untuk menimbulkan kesan
makna dalam diri pembaca. Kesan makna ini amat diperlukan kerana akan
menjadikan sesebuah idea difahami oleh pembaca sehingga wujudnya kesan
kelogikan makna. Sesuatu karya tanpa runtutan akan menjejaskan kefahaman
pembaca. Video “Ucapan Khas Hari Guru 2015 oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri”
yang telah ditranskripsikan ke dalam bentuk penulisan teks ini turut
menunjukkan hal yang sama, mudah difahami kerana wujudnya runtutan. Sebanyak 74
peratus penggunaan runtutan dalam analisis kajian ini. Keseluruhan kajian ini
didasarkan pada tiga belas ciri runtutan yang dianalisis dengan berdasarkan
Model Model F. J. D’ Angelo. Hal ini jelas menunjukkan kepentingan
runtutan dalam pembinaan sesebuah wacana tuntasnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)