DEFINISI
TATABAHASA WACANA DALAM KEMAHIRAN PENULISAN
Melalui sumber
yang diperolehi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia 2003, tatabahasa
merujuk kepada aspek morfologi dan sintaksis Bahasa Melayu. Morfologi merupakan
bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan penggolongan kata.
Sintaksis pula merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan
binaan ayat.
DEFINISI
Menurut Harimuthi
(1982) dalam Sharifah (2007)
·
wacana
ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana merupakan satuan bahasa yang
lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa
gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku.
Selain itu, wacana turut menunjukkan perkembangan fikiran yang berurutan dan
disusun secara sempurna seterusnya menghasilkan satu pemikiran yang utuh.
Wacana terletakkan dalam hieraki tertinggi iaitu selepas tingkat ayat,klausa, frasa
dan kata. Wacana direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel,
paragraph, kalimat atau ayat yang membawa amanat yang lengkap.
Stubbs dalam
Taringan (1993)
·
Mengemukakan
definisi yang hampir sama iaitu, wacana merupakan organisasi bahasa yang berada
di atas klausa. Dengan perkataan lain, apabila terdapat unit-unit linguistik
lebih besar daripada klausa, maka ianya akan disebut sebagai wacana.
Moeliono
(1995) dalam Adenan (2013)
·
Mendefinisikan
wacana sebagai rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuk makna yang
serasi antara kalimat tersebut. Wacana mewujudkan komunikasi verbal iaitu dalam
bentuk lisan dan bukan lisan. Wacana lisan merupakan komunikasi lisan yang
melibatkan pembaca dan pendengar. Manakala bagi wacana bukan lisan pula adalah
dalam bentuk penulisan yang melibatkan penulis dan pembaca.
KONSEP
TATABAHASA WACANA DALAM KEMAHIRAN PENULISAN
·
Konsep
pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan karangan bagi pelajar sekolah
rendah merangkumi perbendaharaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda
baca dan ejaan (Kamarudin, 2002).
·
Melalui
pengajaran tatabahasa dalam penulisan murid akan dapat menulis perkataan dan
melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui.
·
Penekanan
perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang
betul, serta tulisan yang jelas dan kemas.
·
Pengajaran
tatabahasa di sekolah membolehkan pelajar berkomunikasi dalam Bahasa Melayu
dengan baik (Azizi Abd Talib, 2000).
·
Mengulas
daripada pendapat yang telah dikemukan oleh beliau, dapat dinyatakan bahawa
pengajaran tatabahasa wacana penting bagi membantu pelajar agar dapat
menggunakan sistem bahasa yang sesuai, menghasilkan ayat yang gramatis dan
berkomunikasi dengan berkesan.
·
Dalam
sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM (2001), aspek tatabahasa sangat ditekankan
dan dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajar secara terancang dalam
konteks bagi menghasilkan ketepatan berbahasa.
·
Pengajaran
tatabahasa juga hendaklah diajar dengan tidak memisahkan aspek-aspek tatabahasa
yang hendak diajar dengan kemahiran bahasa yang lain.
·
Pengajaran
tatabahasa yang terancang juga dapat membantu murid-murid memahami unsur-unsur
tatabahasa, fungsinya dan makna tatabahasa.
·
Oleh
sebab itu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM (2001) mencadangkan bahawa
tatabahasa hendaklah digabungkan dengan kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu
mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
·
Tujuan
utama penggabungan ini adalah untuk memastikan pengajaran tatabahasa sahaja.
·
Hal
ini kerana, dengan strategi ini murid akan belajar dan menguasai tatabahasa
sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang bermakna dalam kemahiran yang
ditetapkn. (Awang Sariyan,2004).
KEPENTINGAN
MENGAPLIKASIKAN WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN
- · Wacana dalam penulisan karangan akan mempengaruhi pengolahan, penyusunan struktur ayat, pembahagian perenggan, penggunaan kosa kata, dan penggunaan bahasa secara keseluruhan bagi menghasilkan sebuah penulisan atau ucapan yang baik.
- · Isi yang banyak dan bertepatan dengan tajuk dapat menghasilkan sebuah penulisan yang baik.
- · Penanda wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalan ayat atau perenggan.
- · Antara penanda wacana yang sering digunakan ialah:
o
Keadaan
ini
o
Namun
begitu
o
Akibatnya
o
Begitu
jua
o
Sebaliknya
o
Walaupun
o
Kesimpulannya
o
Akhirnya
o
Seterusnya
o
Jadi
o
Sementara
o
Walau
bagaimanapun
o
Sebelumnya
o
Kini
o
Pada
umumnya
o
Keseluruhannya
o
Tegasnya
o
Justeru
o
Sejajar
dengan itu
o
Meskipun
o
Oleh
hal demikian
KESIMPULAN
- · Penulisan yang baik perlu mengembangkan ideanya dengan baik dan sempurna.
- · Penulisan yang baik dan berkesan ialah “clear writing is clear thinking” (penulisan yang baik merupakan pemikiran yang jelas”) Ssouri (1981).
- · Penulisan adalah untuk menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas dengan pemikiran yang kritis dan analitis.
- · Penulisan juga mengukuhkan kemahiran berfikir pada peringkat yang tinggi seperti menganalisis, mengaplikasi dan menilai maklumat. wacana pula merupakan unit bahasa yang melebihi batas ayat.
- · Selain itu, wacana turut menunjukkan perkembangan fikiran yang berurutan dan disusun secara sempurna seterusnya menghasilkan satu pemikiran yang utuh.
- · Wacana terletakkan dalam hieraki tertinggi iaitu selepas tingkat ayat,klausa, frasa dan kata. Konsep pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan karangan bagi pelajar sekolah rendah merangkumi perbendaharaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca dan ejaan.
- · Kamarudin Husin (1988) telah mengemukakan tiga peringkat strategi penulisan wacana bagi peringkat sekolah rendah iaitu sebelum, semasa dan selepas penulisan.
- · Ciri-ciri wacana pula merangkumi tautan, runtutan, tujuan, penerimaan maklumat, keadaan dan interteks.
- · Wacana penting dalam penulisan karangan kerana mempengaruhi pengolahan, penyusunan struktur ayat, pembahagian perenggan, penggunaan kosa kata, dan penggunaan bahasa.
- · Aplikasi penulisan wacana dalam dalam penulisan sekolah rendah melibatkan tajuk atau objektif, kemahiran, media pengajaran, dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
- · Kesimpulannya, mengarang bukanlah suatu proses yang hanya berdasarkan kepada jumlah idea atau isi, ejaan, tanda baca dan struktur binaan ayat semata-mata.
- · Proses mengarang memerlukan kemampuan membina perenggan idea atau isi yang sempurna dari segi pengolahannya dan mempunyai wacana yang berkesan.
RUJUKAN
Adenan
Ayob.,Mohd Rain Shaari. (2013). Tatabahasa
Dalam Pengajaran Bahasa Melayu : Edisi Kedua. Open University Malaysia.
Meteor Doc.
Awang
Sariyan. (2004). Teras Pendidikan Bahasa
Melayu: Asas Pegangan Guru. Kuala Lumpur: PTS Publications and Distributors
Hashim
Othman. (2000). Penaksiran Kemahiran
Menulis karangan Bahasa Melayu daripada Perspektif Komunikatif: Penetapan
Piawai Perlakuan Minimum dan Analisis Kecekapan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
http://web.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/bm/kbsr/sp_bm_kbsr.pdf
(tarikh muat turun : 20 April 2016)
Kamarudin
Husin. (1988). Pedagogi Bahasa.
Petaling Jaya. Longman Malaysia.
Marohaini
Yusoff, Mahzan Arshad & Abdul Jalil Othman (2002). Bahasa Melayu Tingkatan Empat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa daan
Pustaka.
Nik
Safiyyah Karim. Berita Harian, 2008.
Pusat
Perkembangan Kurikulum (2000). Sukatan
Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu. Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Pusat
Perkembangan Kurikulum (2001). Sukatan
Pelajaran Kurikulum Bersepadu: Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Sharifah
Nor Syed Abd Rahman.,Nornajmah Najmuddin., Rosdah Omar. (2007). Bahasa Melayu Kertas 1&2. Arah
pendidikan sdn. bhd. Selangor Darul Ehsan.
Taringan.,Henry
Guntur (1993). Pengajaran Kosakata.
Bandung.Angkasa.
Yayat
Surdayat. (2009). Makna Dalam Wacana :
Prinsip-prinsip Semantik dan Pragmatik. Bandung, Indonesia.Yrama Widaya.
No comments:
Post a Comment