Tuesday, 5 April 2016

Laman Utama

PENGENALAN
Berdasarkan hierarki tatabahasa, ayat berada pada tingkat teratas. Manakala pada peringkat yang melebihi ayat dipanggil sebagai wacana. Semua perkara yang melibatkan bahasa adalah wacana. Perkara yang penting dalam wacana ialah retorik. Konsep yang diketengahkan dalam wacana ialah meliputi komunikasi bertulis, iaitu melibatkan pembaca dan penulis dan komunikasi lisan pula melibatkan penutur dan pendengar. Keadaan ini membuktikan bahawa wacana ialah kesatuan bahasa lengkap dan paling tinggi dalam bentuk pertuturan dan penulisan yang memperlihatkan kesinambungan fikiran, termasuk rujukan kepada komunikasi dalam konteks.
          Analisis wacana boleh dibuat dalam pelbagai genre seperti perbualan, lawak jenaka, bahasa dalam program televisyen, bahasa dalam cerpen, iklan, papan tanda dan sebagainya. Menurut Beaugrande dan Dressler, sesebuah teks yang komunikatif dikatakan perlu memiliki tujuh tahap ketekstualan, iaitu melibatkan aspek tautan, aspek runtutan, tahap tujuan, tahap penerimaan, tahap maklumat, tahap keadaan dan tahap interteks.





ASAL USUL PERKATAAN WACANA
Dua pendapat yang mengusulkan asal usul perkataan 'wacana'. Pendapat pertama mengatakan 'wacana' berasal daripada kosa kata Jawa, iaitu 'wocono'. 'Wocono' ini pula daripada 'woco' yang bermaksud baca. pendapat kedua pula mengatakan wacana daripada perkataan Bahasa Inggeris, iaitu 'discourse' yang berasal daripada bahasa Latin, iaitu 'discursus' yang bermakna 'larian ke dan lari'.



KONSEP WACANA



KONSEP WACANA MENURUT TOKOH BARAT


KONSEP WACANA MENURUT TOKOH BAHASA MELAYU





No comments:

Post a Comment